5 Tips dan Panduan Menyewa Kereta Sewa di Keramat Kuala Lumpur Malaysia

5 Tips dan Panduan Menyewa Kereta Sewa di kERAMAT, Kuala Lumpur Malaysia

1.Pilih syarikat sewa yang berkualiti dan dipercayai.

Sekarang terlalu banyak syarikat sewa tidak berlesen yang memberikan sewa. Lebih teruk lagi, terdapat juga syarikat sewa scammer ataupun invidividu yang cuba membuat scam dengan memberi harga kereta sewa yang terlalu murah. Kalau anda mendapat harga kereta sewa yang terlalu murah, pastikan syarikat tersebut bukan scammer ya!

2. Perjanjian sewa kereta

Syarikat sewa kereta yang berkualiti dan dipercayai mempunyai dokumen sewa yang jelas dan teliti. Jika anda menyewa dengan individu, kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen sewa. Seperti kami untuk penduduk di kawasan Keramat dan Dato Keramat, kami menyediakan perjanjian sewa kereta bagi melindungi penyewa dan owner kereta.

Anda juga perlu periksa tentang berapa mileage yang dibenarkan. Berapa kos over mileage?

Kos kos lain yang perlu anda tanya ialah, jika berlaku kerosakan, bateri mati, tayar pecah atau accident, siapa yang akan tanggung? Syarikat sewa sepatutnya menyediakan perjanjian yang lengkap.

3. Periksa kereta anda

Setelah mendapat kereta sewa, pastikan anda menyemak keadaan kereta sebelum memandu pergi kereta sewa tersebut. Sebagai contoh, anda perlu ambil segala gambar calar atau kemek yang terdapat dalam kereta. Segala kusyen kotor atau apa apa brg yg rosak di dalam kereta anda patut dokumenkan supaya anda boleh claim dengan owner syarikat kereta sewa tersebut. Jika anda gagal untuk dokumen, tidak mustahil anda akan kehilangan deposit kerana anda tidak dokumenkan. Pastikan juga anda berurusan dengan owner kereta yang dipercayai, jika tidak, mungkin duit anda akan juga hangus.

4. Syarat & Larangan Ketika Menyewa Kereta

Dilarang melakukan aktiviti jenayah atau atau sebarang aktiviti melanggar undang-undang negara Malaysia.

Dilarang ubah suai kenderaan sewa.

Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. 

Dilarang menyewakan / meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).

Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.

5. Dokumen Yang Perlu Disediakan Oleh Penyewa

Salinan MyKad penyewa kereta.

Salinan lesen memandu penyewa yang sah & belum tamat tempoh.

Salinan kad pengenalan rujukan (contoh: isteri, suami, saudara, adik dll).

Bil utiliti tempat tinggal yang asal untuk pengesahan alamat (contoh: Astro, TNB, dll).

Kad pelajar/kerja

Kesimpulan

Jika anda sudah membaca panduan dan tips untuk menyewa kereta seperti di atas, anda pasti dapat servis sewa kereta yang tenang dan tiada masalah. Pastikan anda menyemak background syarikat atau individu yang menyediakan kereta sewa tersebut. Untuk penyewa yang berada di Keramat dan di kawasan sekitar, anda bolehlah whatsapp kami untuk mendapatkan sewa harian, mingguan atau bulanan dengan kami. Kami juga menyediakan sewa kereta separuh hari untuk keadaan yang tertentu.